Dunia sekarang, macam-macam orang kita boleh jumpa, pergi satu tempat, macam ni gaya orang tu, pergi tempat lain lagi, lain plak caranya. Kita sebagai manusia biasa sangat mudah terpengaruh dengan persekitaran, biasalah hidup sebagai seorang pelajar, sentiasa ada perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru, sebagai contoh yang famous, ikut perkembangan fesyen semasa, Bukan la menjadi kesalahan untuk berfesyen, cuma berpada-pada dan menjaga adat kita sebagai orang timur. Aku juga salah satu daripada mereka, memang ada niat untuk berubah dan tidak mahu terpengaruh dengan budaya tapi agak sukar. Bukan senang untuk berubah dari melakukan sesuatu yang menjadi kebiasaan dalam hidup kita. Salah satu cara yang utama ialah kita memerlukan pembimbing untuk membimbing kita. Biarlah kita jadi seperti ikan di lautan, walaupun hidup dilaut yang airnya masin, isinya tetap sama saja raasnya tawarnya....~peace~
Thursday, 17 March 2011
sekaki payung 1
Aku seorang wanita, ada perasaan macam perempuan lain jugak, ingin rasa dilindungi, dibelai, dijaga. Inginkan perhatian oleh seseorang yang bergelar pelindung setia. Aku juga ada maruah, ingin rasa dihormati. Aku juga ada identiti tersendiri, sama juga macam orang, ada identiti masing-masing, ada cara hidup mereka. Ada yang suka hidup bersendirian, ada juga yg berkomuniti. Aku berada diantaranya. Kebanyakan orang suka sangat membuat andaian dan spekulasi mereka terhadap yang lain. kenape ek, Diorang juga suka membandingkan diri mereka dengan yang lain, mane yang lebih baik. Setiap orang mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing. Memanglah tidak salah membuat perbandingan, tapi biarlah ke arah kebaikan, macam tengok kelebihan seseorang dan berubah untuk menjadi sepertinya atau mungkin yang lebih baik, jangan pula dah jadi baik lupa diri plak. Tapi bagi setengah orang pula, bila dah tengok orang lain act lebih sket, mula nak iri hati dan malah jadi pedendam plak..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment