Thursday, 17 March 2011

dari wanita ke wanita

Assalamualaikum w.b.t

so, entri kli ni kita bercakap pasal kaum hawa, kaum yang diciptakn untuk melengkapi kaum adam yang pastinya.
'wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah, yang akan membahagiakan syurga di dalam rumah tangga'

ekceli, fakta yang di bawah ini adalah hasil aku meng'copy' dan meng'paste' kn ia ke dalam post aku..hehe,kepada pemilik asalnye thanks sudi share ye..

Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) berbanding lelaki.
• Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila hendak keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
• Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.
• Wanita menerima warisan kurang daripada lelaki.
• Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
• Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.
• Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
• Wanita kurang dalam beribadat kerana adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki,


Itu sebabnya mereka tidak henti-henti berpromosi untuk "MEMERDEKAKAN
WANITA".

Pernahkah kita lihat sebaliknya (kenyataannya) ?

* Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta
disimpan di tempat yang paling selamat dan terbaik. Sudah pasti intan permata
tidak akan dibiarkan berselerak bukan? Itulah bandingannya dengan seorang
wanita..
ada korang simpan emas dalam balang biskut?tade kan?haha

* Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib
taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada bapaknya?

* Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi
tahukah harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan
kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima warisan, ia
perlu dan wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.

* Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan
anak, tetapi tahukah bahawa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk,
malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan tahukah jika ia
mati karena melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya..

* Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an
terhadap 4 wanita, iaitu : Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan
saudara perempuannya. Ertinya, bagi seorang wanita tanggung jawab
terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, yaitu : suaminya, ayahnya,
anak lelakinya dan saudara lelakinya..

* Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu surga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat saja, iaitu;
-sembahyang 5 waktu,
-puasa di bulan Ramadhan,
-taat kepada suaminya, dan
-menjaga kehormatannya.

* Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi
wanita jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggungjawabnya kepada
ALLAH, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang
pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata..

Masya ALLAH ! Demikian sayangnya ALLAH pada wanita,
Ingat firman Nya, bahawa mereka tidak akan berhenti melakukan segala
upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada peraturan buatan mereka.
Yakinlah, bahwa sebagai dzat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita,
maka sudah pasti Ia yang Maha Memahami manusia, sehingga segala
hukumnya / peraturannya, adalah YANG TERBAIK bagi manusia jika dibandingkan
dengan segala peraturan/hukum buatan manusia.

"Jagalah isterimu kerana dialah perhiasan, pakaian dan ladangmu,
sebagaimana Rasulullah pernah mengajarkan agar kita (kaum lelaki)
berbuat baik terhadap isterimu."

Sabda Rasulullah : Apabila kita memiliki dua atau lebih anak
perempuan serta mampu menjaga dan mendidik mereka menjadi muslimah
yang baik, maka syurga adalah jaminannya. (berbeza kaedah bg lelaki).

Berbahagialah wahai para muslimah.
Jangan risau tentang apa yg berlaku di dunia ini.
Tunaikan dan tegakkanlah kewajiban agamamu,
nescaya syurga menantimu...
Seredup pandanganmu.. Selembut belaianmu.. Seikhlas kasihmu.. muslimah~

"Tercipta engkau dari rusuk lelaki, Bukan dari kaki untuk dialasi, Bukan dari kepala untuk dijunjung, Tapi dekat dibahu untuk dilindung, Dekat jua di hati untuk dikasihi"

~sekian~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...